AKTIVITI-AKTIVITI LUAR

Hari Terbuka GTC

Tarikh : 11 Januari 2003
Masa : 9.30 - 4.00 petang
Tempat : Tingkat 3 & 6 Plaza Pekeliling
Pada 11 Januari yang lalu, GTC telah mengadakan Hari Terbukanya yang pertama. Ia adalah bagi mempromosikan kursus-kursus yang ditawarkan di GTC. Kami telah membuka kaunter bagi setiap kursus untuk didemonstrasi. Kami menerima respon yang baik dari para pengunjung kerana masing-masing menunjukkan minat terhadap pameran dan demonstrasi yang ditunjukkan.


Perlawanan Bola Sepak Persahabatan

Tarikh : 5 / 01 / 2003
Masa : 9.30 pagi
Tempat : Padang Sekolah Menengah Bukit Bandaraya, Bangsar
Perlawanan bola sepak yang melibatkan pelajar sesi Julai '02 dan sesi Oktober ' 02.
Perlawanan diadakan secara liga dan melibatkan 4 pasukan. Juara perlawanan bola sepak adalah pasukan yang terdiri daripada pelajar sesi Julai, iaitu pasukan Abdul Syafiq Idzham bin Abd. Manap ( Pelajar Sistem Komputer) .Johan dan Naib Johan mendapat piala. Semua pemain diberikan sijil penyertaan.

Jamuan Hari Raya

Tarikh : 26 Disember 2003
Masa : 11 pagi - 1tgh
Tempat : Dewan 1, Tingkat 6
Mulai 2003, Majlis Hari Raya GTC akan menjadi acara kemestian bagi warga GTC telah diadakan bagi mengeratkan hubungan silatulrahim antara kakitangan dan pelajar. Berbagai juadah disediakan termasuk kuih raya dan kek. Lagu-lagu raya turut dimainkan sepanjang majlis bagi membangkitkan suasana Hari Raya.

Majlis Berbuka Puasa

Tarikh : 23 November 2002 (18 Ramadhan 1423H)
Masa : 6.15 petang
Tempat : Hotel Legend

Majlis yang dianjurkan oleh GTC ini dihadiri oleh ahli-ahli lembaga pengarah syarikat serta kakitangan GTC.

Aktiviti Rekreasi

Tarikh : 23 / 05 / 2002
Masa : 9.00 pagi-5.30 petang
Tempat : Kemensah
Aktiviti rekreasi luar yang melibatkan pelatih-pelatih dari Sistem Maklumat dan Pembangunan Aplikasi. Aktiviti ini diuruskan oleh En. Azizul Azrin selaku Eksekutif Akaun dan Hal Ehwal Pelajar pada masa itu.

Perlawanan Persahabatan Bowling

Tarikh : 6 / 10/ 2002
Masa : 11 pagi
Tempat : Ampang Park, Kuala Lumpur.
Perlawanan persahabatan bowling yang melibatkan pelajar GTC ( pelajar sesi April ) dan staf.
Bil. Pemain : 24 orang
Bil. Pasukan : 5
Pasukan En. Kamarulbashah telah berjaya menjadi juara perlawanan. Hadiah disediakan untuk tempat pertama, kedua, dan ketiga.

Lawatan Ke Melaka

Tarikh : 13 / 10 / 2002
Masa : 8.30 pagi - 6.00 petang
Tempat : Melaka Bandaraya Bersejarah
Lawatan pelajar sesi April dan Julai serta staf GTC ke Melaka. Tempat lawatan adalah seperti Taman Buaya, Bandar Dihilir,dan Pantai Tanjung Bidara. Lawatan diadakan selama sehari. Rombongan lawatan bertolak dengan bas Kilang pada pukul 8.30 pagi dan balik ke Kuala Lumpur kira-kira pukul 6 petang.